Semestar baru sudah bermula bagi aliff dan kawan-kawan di CITY UNIVERSITY COLLEGE OF SCIENCE AND TECHNOLOGY. Semestar pertama aliff ambil 6 subjek dalam kejuruteraan awam dan alhamdulillah aliff dapat keputusan yang boleh dibanggakan,4 A,2 B, pointer aliff dapat,3.67. Pada mulanya aliff x sangka aliff akan dapat keputusan begitu.hehe....sebab boleh dikatakan aliff ni malas sikit kalau bab membaca ni.walau macam mana pon inilah hasilnya.
Kemudian semestar kedua pula. Subjek aliff ambil hanya 3 sahaja. Hari pertama masuk kelas aliff sudah jangka ada cabaran lagi kali ini. Wah..matapelajaran yang cukup mencabar iaitu 'BUILDING TECHNOLOGY' dan 'BUILDING SERVICES'. Aliff memang takut kalau tidak dapat berikan yang terbaik. Tapi sekali lagi aliff panjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana berkat usaha aliff, aliff dapat keputusan yang ok. 2 A,1 B, dengan pointernya 3.67. Masa nak ambil result tu aliff rasa takut juga la.hehe..tp alhamdulillah dapat result yang ok.
Sekarang aliff semestar 3. Dan aliff akan cuba buat yang terbaik. Aliff harap dapat capai cita2 aliff sebagai seorang berjaya di masa hadapan. Ok...........ada kesempatan lagi aliff akan update everything dalam blog aliff ni dari masa ke semasa.
Salam sayang aliff.....:-)
Sunday, January 16, 2011
LOVE STORY
A SAD LOVE STORY
BY MOHAMAD ALIFF / APPLE ALIFF
IF THIS DOESN'T TOUCH YOU..PLEASE GET A HEART!!
One night, a guy and a girl were driving home from the movies. The boy sensed there was something wrong because of the painful silence they shared between them that night. The girl then ask the boy to pull over because she wanted to talk. She told him that her feelings had changed and that it was time to move on. A silent tear slid down his cheek as he slowly reached into his pocket and passed her a folded note. At that moment, a drunk driver was speeding down that very same street. He swerved right into the drivers seat, killing the boy.
Miraculously, the girl suvived. Remembering the note....she pulled it out and read it.
"WITHOUT YOUR LOVE, I WOULD DIE."...................................
BY MOHAMAD ALIFF / APPLE ALIFF
IF THIS DOESN'T TOUCH YOU..PLEASE GET A HEART!!
One night, a guy and a girl were driving home from the movies. The boy sensed there was something wrong because of the painful silence they shared between them that night. The girl then ask the boy to pull over because she wanted to talk. She told him that her feelings had changed and that it was time to move on. A silent tear slid down his cheek as he slowly reached into his pocket and passed her a folded note. At that moment, a drunk driver was speeding down that very same street. He swerved right into the drivers seat, killing the boy.
Miraculously, the girl suvived. Remembering the note....she pulled it out and read it.
"WITHOUT YOUR LOVE, I WOULD DIE."...................................
Saturday, January 15, 2011
Kisah Teladan
Terdapat seorang pemuda yang kerjanya menggali kubur dan mencuri kain kafan untuk dijual. Pada suatu hari, pemuda tersebut berjumpa dengan seorang ahli ibadah untuk menyatakan kekesalannya dan keinginan untuk bertaubat kepada Allah s. w. t. Dia berkata, "Sepanjang aku menggali kubur untuk mencuri kain kafan, aku telah melihat 7 perkara ganjil yang menimpa mayat-mayat tersebut. Lantaran aku merasa sangat insaf atas perbuatanku yang sangat keji itu dan ingin sekali bertaubat."
" Yang pertama, aku lihat mayat yang pada siang harinya menghadap kiblat. Tetapi pabila aku menggali semula kuburnya pada waktu malam, aku lihat wajahnya telahpun membelakangkan kiblat. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?" tanya pemuda itu. " Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang telah mensyirikkan Allah s. w. t. sewaktu hidupnya. Lantaran Allah s. w. t. menghinakan mereka dengan memalingkan wajah mereka dari mengadap kiblat, bagi membezakan mereka daripada golongan muslim yang lain," jawab ahli ibadah tersebut.
Sambung pemuda itu lagi, " Golongan yang kedua, aku lihat wajah mereka sangat elok semasa mereka dimasukkan ke dalam liang lahad. Tatkala malam hari ketika aku menggali kubur mereka, ku lihat wajah mereka telahpun bertukar menjadi babi. Mengapa begitu halnya, wahai tuan guru?" Jawab ahli ibadah tersebut, " Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang meremehkan dan meninggalkan solat sewaktu hidupnya. Sesungguhnya solat merupakan amalan yang pertama sekali dihisab. Jika sempurna solat, maka sempurnalah amalan-amalan kita yang lain,"
Pemuda itu menyambung lagi, " Wahai tuan guru, golongan yang ketiga yang aku lihat, pada waktu siang mayatnya kelihatan seperti biasa sahaja. Apabila aku menggali kuburnya pada waktu malam, ku lihat perutnya terlalu gelembung, keluar pula ulat yang terlalu banyak daripada perutnya itu." " Mereka itulah golongan yang gemar memakan harta yang haram, wahai anak muda," balas ahli ibadah itu lagi.
" Golongan keempat, ku lihat mayat yang jasadnya bertukar menjadi batu bulat yang hitam warnanya. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?" Jawab ahli ibadah itu, " Wahai pemuda, itulah golongan manusia yang derhaka kepada kedua ibu bapanya sewaktu hayatnya. Sesungguhnya Allah s. w. t. sama sekali tidak redha kepada manusia yang menderhakai ibu bapanya."
" Golongan kelima, ku lihat ada pula mayat yang kukunya amat panjang, hingga membelit-belit seluruh tubuhnya dan keluar segala isi dari tubuh badannya," sambung pemuda itu. " Anak muda, mereka itulah golongan yang gemar memutuskan silaturrahim. Semasa hidupnya mereka suka memulakan pertengkaran dan tidak bertegur sapa lebih daripada 3 hari. Bukankah Rasulullah s. a. w. pernah bersabda, bahawa sesiapa yang tidak bertegur sapa melebihi 3 hari bukanlah termasuk dalam golongan umat baginda," jelas ahli ibadah tersebut.
" Wahai guru, golongan yang keenam yang aku lihat, sewaktu siangnya lahadnya kering kontang. Tatkala malam ketika aku menggali semula kubur itu, ku lihat mayat tersebut terapung dan lahadnya dipenuhi air hitam yang amat busuk baunya," " Wahai pemuda, itulah golongan yang memakan harta riba sewaktu hayatnya," jawab ahli ibadah tadi.
" Wahai guru, golongan yang terakhir yang aku lihat, mayatnya sentiasa tersenyum dan berseri-seri pula wajahnya. Mengapa demikian halnya wahai tuan guru?" tanya pemuda itu lagi. Jawab ahli ibadah tersebut, " Wahai pemuda, mereka itulah golongan manusia yang berilmu. Dan mereka beramal pula dengan ilmunya sewaktu hayat mereka. Inilah golongan yang beroleh keredhaan dan kemuliaan di sisi Allah s. w. t. baik sewaktu hayatnya mahupun sesudah matinya."
Ingatlah, sesungguhnya daripada Allah s. w. t kita datang dan kepadaNya jualah kita akan kembali. Kita akan dipertanggungjawabkan atas setiap amal yang kita lakukan, hatta amalan sebesar zarah. Wallahua'lam..
LOVE BITES
If you love a person,don't give up for them.Just wait for that person.If that person won't love and come back to you,wait until your heart VOLUNTARILY QUITS....
Subscribe to:
Posts (Atom)